PROFIL DAN SEJARAH SEKOLAH

MAKLUMAT ASAS


NAMA SKOLAH : SK  SIMPANG LIMA PEKAN LEDANG            
KOD SEKOLAH : JBA 5075
ALAMAT SEKOLAH : SK SIMPANG LIMA PEKAN, BUKIT GAMBIR, LEDANG
GRED SEKOLAH : GRED B                                                     
SESI : PAGI                                                      LOKASI : LUAR BANDAR
No. Telefon: 06-9765272
JENIS SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN
NO FAX : 06-9765272
ALAMAT E-MAIL : jba5075@yahoo.com.my
WEB SEKOLAH : sksimpanglimapekan.blogspot

Nama Guru Besar: EN. SALAN BIN HJ ALI
Nama GPK Pentadbiran: PN. ROSNAH BT. MOHD. NOH
Nama GPK Hal Ehwal Murid: PN. SARIAH BT SOMADI

Nama GPK Kokurikulum: PN. AIZAH BT. GHAZALI



SEJARAH SEKOLAH

Latar belakang sekolah.

            Bangunan pertama sekolah telah di bina pada 1947 secara bergotong royong di atas sebidang tanah di lot 1203 yang disewa dari Pn Rogayah Bt Hj Ali sebanyak RM10 sebulan. Pada 2 Januari 1948 sekolah ini mula beroperasi di mana penduduk kampung telah membiayai wang sewa dan mengajikan 2 orang guru iaitu En Nordin Bin Darsan (Guru Besar) dan En Bohari Bin Ahmad. Pada tahun 1960 penduduk kampung telah bermuafakat untuk membeli tanah tersebut dengan harga RM2325.00. Ia kemudiannya diserahkan kepada kerajaan.

             Pada tahun 1960 kerajaan telah membina bangunan sekolah 5 kelas (Blok A) di atas tapak bangunan lama.
Penduduk kampung kemudian menambah sebuah bangunan tambahan seluas 84’x22’ (sekarang tapak bangunan kantin). Pada tahun 1961 sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor YB Tn Hj Hassan Bin Yunos. Kemudiannya 2 unit tandas pam dibina. Pada tahun 1971 kerajaan telah membina susur gajah menghubungkan bangunan sekolah dengan tandas dengan kos RM8900.00. Selepas itu sebuah bilik perpustakaan telah dibina pada tahun 1974.

          Pada akhir tahun 1978, dengan peruntukan sebanyak RM94000.00 satu blok bangunan telah dibina (Blok B). Ia siap dan mula digunakan pada awal 1980 an. Pada tahun ini juga kerajaan telah membeli tanah di sebelah untuk dijadikan padang. Pada tahun 2000 kerajaan telah meluluskan peruntukan membina bangunan 4 tingkat yang siap sepenuhnya pada tahun 2002.


SENARAI GURU BESAR SK SIMPANG LIMA PEKAN, LEDANG, JOHOR




Bil
NAMA
TEMPOH
1
En. Nordin bin Darsan
1947-1950
2
En. Ismail bin Mohd Shah
1950-1953
3
En. Abdul Wahab bin Hamid
1953-1961
4
En. Mohd Tap bin Hj Daik
1961-1963
5
En. Musa bin Mohd Noh
1963-1983
6
En. Kamis bin Rasol
1983-1988
7
En. Patahol Rahman bin Hj Arshad
1988- 1990
8
En. Abdul Shukor bin Abdul Hamid
1990-1994
9
En. Ramli bin Abdul Samad
1994-1997
10
PN. Norany BInti Hj Johari
1997-1998
11
EN. Yusoff bin Maidin
1998-2003
12
PN.Ja’ranah Binti Hj Jaa’afar
2003-2012
13
En. Salan bin Hj Ali 

        2012




                                                         FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


FALSAFAH PENDIDIKAN


Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Pekan Ledang Johor.


 Kami percaya bahawa :
Ê Setiap orang mempunyai keistimewaan, kelebihan dan kekuatan diri sendiri di samping kelemahan dan kekurangan masing-masing. Walau bagaimanapun apa yang  lebih penting ialah setiap orang boleh dibimbing memperbaiki diri sendiri.

Ê Setiap orang boleh dirangsang untuk berkhidmat dengan ikhlas dan jujur. Walau bagaimanapun  apa yang lebih penting ialah suasana dan kepuasan bekerja yang boleh mengekalkan minat dan sikap seseorang terhadap profesionnnya.




VISI


SEKOLAH UNGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

MATLAMAT

MENJANA KECEMERLANGAN MENCIPTA KEGEMILANGAN

 

 





MATLAMAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Pekan Ledang



Matlamat sekolah adalah mendukung sepenuhnya dasar pelajaran  negara melalui kurikulum dan kokurikulum sekolah yang disediakan dengan tujuan:

`               Mempertingkatkan mutu kepimpinan di peringkat sekolah.

`               Menentukan kehendak-kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan tercapai.

`               Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah ke tahap kecemerlangan.

`               Mempertingkatkan akhlak dan disiplin di kalangan murid, guru dan kakitangan bukan guru.

`               Mempertingkatkan budaya sekolah yang sesuai dari segi kebersihan, keceriaan, kemudahan belajar dan kepusan bagi murid-murid menimba ilmu dan membentuk watak yang terpuji.

`               Mengusahakan hubungan baik di semua peringkat masyarakat.

`               Menjadikan Teknologi Maklumat sebagai sumber penyampai ilmu pendidikan di sekolah.



 OBJEKTIF SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Pekan
Ledang

Ø   Memastikan setiap individu boleh membaca, menulis dan mengira di akhir tahun pertama mereka berada di sekolah ini.

Ø   Menanamkan sifat cinta dan sayangkan sekolah dalam jiwa setiap murid yang berada di sekolah ini.

Ø   Meningkatkan perastasi akademik dalam semua matapelajaran terutamanya dalam peperiksaan UPSR.

Ø   Mewujudkan iklim sekolah yang bersih, selesa, ceria dan menarik.

Ø   Memupuk semangat berkerjasama antara semua pihak di sekolah dan antara pihak sekolah dengan PIBG, PPD, dan JPNJ.

Ø   Menggalakkan pembentukan budaya sekolah yang sihat dari segi mental dan fizikal.
Ø   Berusaha menjalankan tugas-tugas harian yang bercorak rutin dengan cepat, cekap dan tepat.

PIAGAM PELANGGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG LIMA PEKAN, LEDANG

KAMI WARGA
SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG LIMA PEKAN LEDANG
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPAHKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK


Ø  Memastikan semua murid sekolah ini mendapat pendidikan yang sempurna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Ø  Memastikan setiap guru dan kaki tangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.

Ø  Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan kami iaitu, murid-murid, ibu bapa, Jabatan Pendidikan serta sentiasa sedia berbincang dengan ibu-bapa, penjaga dan masyarakat untuk meningkatkan prestasi murid dan sekolah.

Ø  Memberi layanan mesra, perkhidmatan cekap dan jawapan segera kepada pelanggan yang berurusan dengan kami.

Ø  Sentiasa bersedia dan sanggup menerima teguran yang membina.

Ø  Memberi layanan sebaik mungkin ke arah kejayaan bersama.


 IKRAR GURU
    
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung Terus Cita-cita kami
Terhadap Tugas-tugas kami
Dan Menyatakan Keyakinan Kami
Pada Cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada Masyarakat
Dan Negara kami 

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukunegara
Pada setiap masa




No comments:

Post a Comment