Sejarah
Penubuhan kelas Disleksia
· - Mula dibuka pada tahun 2004.
· Guru yang
dipertanggungjawabkan dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
Spesifik Disleksia ialah Pn Paiezah Bt
Ibrahim.
· - Terdiri daripada 7 orang murid semasa
pembukaan kelas disleksia.
Visi PPKI (Disleksia)
·
Melahirkan murid disleksia yang boleh membaca
dan menulis.
Misi PPKI (Disleksia)
·
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada
murid disleksia ke arah kecemerlangan dalam matapelajaran bahasa melayu.
Apa itu Disleksia
Disleksia berasal dari perkataan Yunani yang bererti kesukaran
terhadap perkataan.
Disleksia ialah kesukaran pembelajaran yang spesifik di mana ia
berbeza daripada lembam atau kelewatan perkembangan yang menyeluruh.
Disleksia merujuk kepada masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan
kesukaran membaca dan menulis bahasa.
Murid yang mengalami Disleksia
sering tidak dapat membaca walaupun mereka mempunyai IQ yang sama dengan murid
normal.
Ciri-ciri Disleksia
Peringkat Prasekolah
Lambat bertutur
Mencampur-adukkan bunyi dan suku kata dalam
perkataan yang panjang.
SENTIASA keliru antara kanan dan kiri.
Lambat dalam menentukan tangan yang dominan.
Menghadapi masalah mengikat kasut dan memasang
butang.
Sukar mengingati alamat, nombor telefon ataupun
huruf.
Mempunyai saudara dekat yang mengalami
Disleksia.
Peringkat sekolah rendah
•
Keliru dengan huruf b dan d, p dan q, h dan n, m
dan w, g dan j.
•
Tumpuan yang singkat terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
•
Tidak boleh duduk lama dalam satu-satu masa.
•
Suka bertanya dan banyak bercakap.
•
Menterbalikkan huruf atau nombor
•
Tulisan tangan yang lambat dan sukar dibaca
•
Bermasalah memasang butang
•
Sukar mencari perkataan yang tepat semasa
bertutur .
•
Bilik, beg atau meja tulis sangat berselerak
•
Tidak suka pergi sekolah
•
Sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang
menggunakan jarum
Kelemahan dalam penulisan
•
Lambat
menyalin dari papan hitam.
•
Kerja
penulisan tak siap.
•
Cepat
penat dan letih apabila menulis.
•
Hasil
penulisan yang comot @ kotor.
•
Bentuk
tulisan yang berbeza.
•
Tertinggal
huruf dalam perkataan.
•
Ada
huruf besar dalam atau di tengah perkataan.
•
Menggaris
pada perkataan.
•
Menulis
perkataan berdasarkan bunyi.
•
Keliru dengan huruf b dan d, p dan q, h dan n, m
dan w, g dan j.
•
Sewaktu
menulis, sering menggigit jari, pen dan termenung seperti tidak faham.
•
Sukar
menulis atau memindahkan maklumat.
•
Lemah
dalam penggunaan tanda baca atau huruf besar.
•
Meninggalkan
atau menyelitkan perkataan atau huruf.
•
Menulis
terbalik dari kiri ke kanan.
•
Tulisan
buruk dan sukar dibaca.
•
Menekan
semasa menulis.
•
Penggunaan
pemadam yang kerap semasa menulis.
•
Sering
mencampurkan huruf besar dan huruf kecil
•
Tiada
pertalian jarak di antara perkataan.
No comments:
Post a Comment